| Nama Usahawan | : Salwani Binti Ismail |
| Umur | : 34 Tahun |
| Tahun Keahlian | : 2018 |
- LATAR BELAKANG USAHAWAN
Merupakan seorang ibu tunggal punyai seorang anak, berasal dari FELDA Jengka 7, Maran, Pahang. Walaupun memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam jurusan Pemasaran, tetapi minat beliau dalam bidang bakeri amatlah tinggi. Beliau kini memiliki perniagaan bakeri sendiri yang diusahakan di rumah beliau.
- SEBELUM KELAS ICT/ KEUSAHAWANAN
Beliau kurang mahir menggunakan FB untuk mempromosikan jualannya, kurang mahir dalam Fotografi dan juga kurang mahir teknik Photo Editing yang sesuai untuk gambar produk.
- SELEPAS KELAS ICT/ KEUSAHAWANAN
- Beliau dilatih teknik pemasaran atas talian melalui FB & My Shop (Dashboard Komuniti) dengan betul, Asas Adobe Photoshop & Illustrator dan juga beberapa kemahiran Fotografi produk untuk keperluan perniagaan.


