mcmc
Kisah Kejayaan

Usahawan Mobile Barber [MUHAMMAD NURULLAH SHAZRAN]

Nama Usahawan : Muhammad Nurullah Shazran Bin Zakaria          
Umur : 17 Tahun
Tahun Keahlian : 2016
  • LATAR BELAKANG USAHAWAN

Merupakan seorang pengunjung tetap dan juga merupakan salah seorang sukarelawan PEDi Kampung Chenor. Beliau kini sedang giat mencari sumber pendapatan bagi menampung pembelajaran beliau.

  • SEBELUM KELAS ICT/ KEUSAHAWANAN

Sebelum ini beliau banyak fokus kepada hiburan dalam penggunaan ICT. Beliau dilihat kurang mengambil kesempatan dengan lambakan informasi berguna termasuk peluang pekerjaan yang tersedia dalam talian.  

  • SELEPAS KELAS ICT/ KEUSAHAWANAN
  • Beliau dilatih untuk mencari informasi-informasi yang terdapat di internet. Dengan dorongan rakan sebaya dan khidmat nasihat daripada petugas, beliau telah berjaya mencipta saluran pendapatan sampingan iaitu perkhidmatan gunting rambut bergerak.