EDUTIPS SIRI 2

📢 PENDAFTARAN EDUTIPS SIRI 2 KINI DIBUKA!
Siri video pendek Program Khas NADI Tuisyen Rakyat kini kembali dengan topik yang lebih menarik: Active Recall Menggunakan Kad Imbasan dan Highlighter.
Ubah cara belajar anda daripada pasif kepada lebih aktif dan berkesan!
📅 Tarikh Tayangan: 3 hingga 9 Ogos 2026 (waktu fleksibel)
⏰ Format: Siri video pendek
💵 Yuran: PERCUMA di NADI berdekatan anda
👥 Sasaran: Terbuka kepada semua peringkat umur
💡 Antara isi penting menarik dalam Siri 2:
* Kenapa Baca Buku Tak Masuk?: Memahami masalah membaca nota secara pasif & implikasi belajar last minute.
* Teknik Active Recall: 3 langkah mudah menguji memori guna kad imbasan (tulis soalan di depan, jawapan di belakang, dan uji diri secara rawak).
* Penggunaan Highlighter yang Betul: Mengelakkan kesilapan mewarnakan keseluruhan teks dan cara memilih kata kunci & formula penting sahaja.
* Berhenti Membaca Secara Pasif: Mengubah tabiat belajar untuk mengingat maklumat dengan lebih pantas dan berkesan.