Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital. Melalui eRezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Ianya terbuka kepada sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai pendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah sama ada pelajar, suri rumah, pesara ataupun warga emas.