CYBERSECURITY LIVE WEBINAR SESI JUN 2026
June 11 @ 3:00 pm - 4:30 pm

Webinar “Bagaimana Hak Bantuan Anda Boleh Dicuri” akan membincangkan teknik-teknik yang sering digunakan oleh scammer dan penjenayah siber, termasuk penipuan melalui pautan palsu, panggilan telefon, mesej SMS serta pencurian maklumat akaun dalam talian. Peserta juga akan didedahkan dengan langkah-langkah praktikal untuk melindungi maklumat peribadi, mengenal pasti tanda-tanda penipuan dan memastikan hak bantuan mereka sentiasa terjamin.