PROGRAM DILEA TUISYEN RAKYAT BULAN APRIL 2026

Berikut adalah maklumat terkini mengenai program DILEA Tuisyen Rakyat bagi Guidance Tuition, Open Tuition, Video on Demand (VOD) – Revision Video, dan English Proficiency yang akan dijalankan sepanjang bulan April 2026.
1. Sesi Guidance Tuition
Sesi kelas bagi Tingkatan 4 dan 5 akan berjalan mengikut ketetapan berikut:
Tingkatan 4: Sesi kelas dijalankan pada hari Ahad – Jumaat mengikut zon yang ditetapkan.
Tingkatan 5: Sesi kelas dijalankan pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad mengikut zon yang ditetapkan.
2. Sesi Open Tuition
Open Tuition diteruskan kepada pelajar Tingkatan 1 hingga 6 dengan sesi pagi pada 9.15 pagi hingga 10.15 pagi ( untuk tingkatan 1 & 2 sahaja) dan sesi petang pada jam 3.30 petang hingga 4.30 petang ( untuk tingkatan 1-6) mengikut jadual yang telah ditetapkan.
3. Video on Demand (VOD) – Revision Video
Rakaman penuh bagi sesi Guidance Tuition, Open Tuition, dan Webinar Pembelajaran juga diteruskan mengikut jadual yang disediakan. Rakaman video pembelajaran boleh ditonton pada tarikh yang ditetapkan mengikut jadual.
4. English Proficiency
Program ini diteruskan bagi bulan April 2026. Pelajar dikehendaki melengkapkan Lesson 28 hingga Lesson 29 mengikut jadual yang telah ditetapkan. Program ini terbuka untuk peserta Tingkatan 4 dan 5 dari Guidance Tuition sahaja.