Lumba bot adalah satu acara tahunan yang menjadi daya penarik kampung ini. Setiap tahun akan dianjurkan perlumbaan bot ini yang disertai oleh peserta yang terdiri dari masyarakat sekitar kampung dan tidak terkecuali peserta yang berasal dari daerah lain iaitu Temerloh, Bera, dan ada juga peserta yang berasal dari Negeri Johor yang turut datang bertanding. Perlumbaan ini berlangsung di Jeti Chenor, jeti yang menyimpan sejarah Kampung Chenor.
Sepanjang pertandingan ini berlangsung, berbagai agensi dan syarikat serta peniaga yang membantu memeriahkan lagi acara ini seperti Bank Rakyat, Proton dan peniaga-peniaga makanan ringan.


