mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Pekan Sehari Chenor

Sumber:-Tinjauan Sendiri

Lokasi https://maps.app.goo.gl/Vtab9NdiYnvd2G3Y7
Waktu Operasi : 7.00 pagi – 12.00 tengahari (KHAMIS SAHAJA)
Youtube https://youtu.be/ZqDEep0-KX4?si=1kLCUDE0VxWKQHX4

Pekan Sehari ini menjadi tarikan kepada bukan sahaja penduduk setempat, malahan juga penduduk di Jengka, dan kampung dari mukim berdekatan.  Pekan sehari ini banyak menjual hasil-hasil kampung seperti sayuran kampung, ikan sungai, ikan sangkar, hasil hutan seperti madu lebah dan juga akar-akar kayu.  Oleh sebab itu, ia menjadi daya tarikan yang amat kuat dari luar. Pekan Sehari Chenor, yang terletak di Bandar Lama Chenor, Maran, Pahang, merupakan salah satu pekan sehari tertua dan bersejarah di Malaysia yang beroperasi setiap pagi Khamis. Ia  terkenal sebagai hab perdagangan tradisional, hasil sungai dan kebudayaan tempatan sejak sekian lama, terutamanya pada tahun 1950-an hingga 1970-an.