mcmc
Kisah Kejayaan

Pembekal Kuih-Muih [MOHAMED YUSRI]

Nama Usahawan : Mohamed Yusri Bin Abdul Wahap               
Umur : 41 Tahun
Tahun Keahlian : 2018
  • LATAR BELAKANG USAHAWAN

Merupakan seorang usahawan produk makanan bimbingan RISDA dan juga sebagai pembekal kuih-muih di sekolah-sekolah terdekat memandangkan permintaaannya yang amat tinggi. Kini beliau mula melebarkan perniagaannya dengan membuka gerai bergerak di pasar-pasar malam dengan menjual Char Kue Tiow bersama rakannya.  

  • SEBELUM KELAS ICT/KEUSAHAWANAN

Dengan kemajuan ICT pada zaman ini, beliau boleh dikatakan agak jauh ketinggalan dari segi pemasaran melalui atas talian. Beliau hanya banyak membuat pemasaran melalui Whatsapp dan tidak pernah mempunyai akaun media sosial lain seperti FACEBOOK dan INSTAGRAM.

  • SELEPAS KELAS ICT/KEUSAHAWANAN
  • Beliau dilatih dalam menyediakan dokumentasi seperti sebut harga, resit dan dokumentasi yang lain. Beliau juga dibimbing untuk membuka akaun media sosial bagi melebarkan sayap perniagaan beliau, menambahbaik teknik pemasaran atas talian dan juga sebagai persediaan jika kontrak sebagai pembekal ditamatkan.