| Nama Usahawan | : Suzita Binti Herman |
| Umur | : 21 Tahun |
| Tahun Keahlian | : 2014 |
| Youtube | : https://www.youtube.com/watch?v=y-0SIXISJHg |
- LATAR BELAKANG USAHAWAN
Beliau dan keluarganya merupakan peniaga sejak sekian lama. Ketika masih bersekolah, beliau akan turut serta bantu ayah serta ibunya menjual kuih-muih. Kini setelah tamat SPM, beliau terus membuka sebuah kedai makan sendiri dengan dibantu oleh abangnya yang juga baru sahaja tamat belajar di UPSI. Beliau juga seorang yang amat aktif dan sukakan masakan hinggakan beliau tidak melepaskan peluang mengembangkan bakatnya dengan menyertai pertandingan Seri Murni Dapur Duet 2019.
- SEBELUM KELAS ICT/ KEUSAHAWANAN
Beliau kurang mahir menggunakan FB untuk mempromosikan jualan, tiada asas perisian Adobe Photoshop & Illustrator dan juga kurang asas teknik-teknik fotografi dengan betul.
- SELEPAS KELAS ICT/ KEUSAHAWANAN
- Beliau dilatih gunakan perisian Adobe Photoshop & Illustrator, belajar asas teknik fotografi dengan betul dan juga ikuti setiap program/bengkel yang dianjurkan seperti Daftar e-Rezeki MDEC, Hari Dashboard Komuniti dan lain-lain.


