| Nama Usahawan | : Hasan Bin Abu |
| Umur | : 48 Tahun |
| Tahun Keahlian | : 2017 |
- LATAR BELAKANG USAHAWAN
Merupakan penyanyi lagu loghat Pahang yang telah menghasilkan 2 album telah memulakan kariernya pada tahun 2015. Dengan kelebihan tersebut, beliau telah menjalankan perniagaan sampingan menjadi Deejay undangan di Manis FM dan juga Deejay di majlis-majlis sekitar Pahang.
- SEBELUM KELAS ICT/ KEUSAHAWANAN
Beliau mempunyai kemahiran asas ICT seperti melayari laman media sosial tetapi beliau kurang mahir/pengetahuan cara memasarkan perkhidmatan beliau serta ingin menambahkan lagi punca pendapatan beliau.
- SELEPAS KELAS ICT/ KEUSAHAWANAN
- Beliau dilatih bermula dengan tambahbaik lagi saluran media sosial (FB Peribadi & FB Page), diajar teknik-teknik kemaskini FB profil, kemaskini isi kandungan media sosial serta terbitkan segmen sendiri di saluran Youtube. Saban hari, saluran Youtube beliau telah menarik minat pengguna lain dengan segmen ‘Moh Cakak Pahang’. Kini beliau telah mendapat permintaan untuk mempromosikan perniagaan/produk dari peniaga-peniaga tempatan di saluran media sosial beliau.


