mcmc
Maklumat Am

Rakyat Digital: Memperkasa Rakyat Malaysia dengan Kemahiran Digital Masa Kini

Di era yang semakin dipacu oleh teknologi, literasi digital bukan lagi satu pilihan, ia satu keperluan. Melalui inisiatif Rakyat Digital di bawah Kementerian Digital, yang dibangunkan oleh MyDIGITAL Corporation, rakyat Malaysia kini berpeluang untuk meningkatkan kemahiran digital mereka secara percuma, pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Inisiatif ini direka khas untuk memastikan semua lapisan masyarakat, daripada pelajar hinggalah golongan profesional, tidak ketinggalan dalam arus transformasi digital negara.

Antara kursus yang ditawarkan:
1) AI untuk Rakyat: Pengenalan kepada asas Kecerdasan Buatan (AI)
2) Generatif AI: Cara AI menjana kandungan dan penggunaannya dalam dunia sebenar
3) CyberSAFE: Langkah perlindungan terhadap ancaman siber
4) Cloud untuk Rakyat: Fahami asas teknologi awan dan manfaatnya dalam kehidupan seharian


Peserta juga akan menerima sijil bagi setiap kursus sebagai bukti pembelajaran yang boleh dimanfaatkan untuk kerjaya dan pembangunan diri. Dengan lebih sejuta rakyat Malaysia telah menyertai program ini, kini giliran anda untuk turut serta. Daftar hari ini di rakyatdigital.gov.my
#MyDIGITAL #RakyatDigital #TransformasiDigital #CyberSAFE #AIuntukRakyat #GeneratifAI #CloudUntukRakyat #TheFutureFaster