mcmc
Kisah Kejayaan

Shopee Seller [PRODUK SPA & KESIHATAN]

Nama Usahawan : Nurul Aznita Ain Binti Norazman    
Umur : 26 Tahun
Tahun Keahlian : 2019
  • LATAR BELAKANG USAHAWAN

Merupakan seorang surirumahtanggga dan juga Shopee Seller produk kesihatan. Setiap minggu beliau bersama 2 orang anak kecil beliau datang untuk mendapatkan khidmat internet dan juga cetakan. Selain itu, beliau juga menjalankan perubatan tradisional resdung di rumahnya bagi menambah pendapatan keluarga.  

  • SEBELUM KELAS ICT/ KEUSAHAWANAN

Beliau banyak memasarkan produk secara atas talian dan berjaya menerima tempahan yang banyak tetapi beliau tidak mempunyai alat pencetak di rumah dan ini menyukarkan beliau menjalankan kerja-kerja pengeposan produk. 

  • SELEPAS KELAS ICT/ KEUSAHAWANAN
  • Dengan sedikit sahaja bantuan daripada pihak petugas, kemudahan Internet dan juga kemudahan percetakan yang lancar, semua permintaan pelanggan dapat dipenuhi dengan sangat mudah. Sehingga kini, tugas-tugas ini telah diurus oleh beliau sendiri dengan sangat baik.