- LATAR BELAKANG USAHAWAN
Merupakan pengunjung setia dan antara yang terawal mendaftar sebagai ahli. Beliau adalah pelatih Giat Mara Maran jurusan Fashion & Dressmaking. Sebelum tamat pengajian, beliau telah pun mula menerima tempahan jahitan pakaian yang diusahakan di rumah beliau sendiri.
- SEBELUM KELAS ICT/ KEUSAHAWANAN
Beliau kurang mahir menggunakan FB untuk mempromosikan jualannya, tiada asas komputer dan MS Office serta tiada asas gunakan Editing Software seperti Adobe Photoshop & Adobe Illustrator.
- SELEPAS KELAS ICT/ KEUSAHAWANAN
- Beliau dilatih bermula dengan Kelas Asas MS Office, penyediaan Resume’, Asas Adobe Photoshop & Illustrator dan juga beberapa kemahiran lain untuk keperluan perniagaan beliau.


